Syarat dan Peraturan
Syarat-syarat dan Peraturan
Ini ialah syarat-syarat dan peraturan penggunaan laman web www.MuslimDigital.com (disebut juga "muslimdigital" atau "Muslim Digital" atau "MuslimDigital"). Syarat dan peraturan ini terpakai ke atas semua pengguna laman web ini sama ada anda mendaftar sebagai pembeli ataupun penjual. Dengan menggunakan laman web ini anda bersetuju untuk mematuhi semua syarat dan peraturan yang digunakan.
1. Penggunaan laman web ini ialah atas tanggungan risiko sendiri. Pihak Muslim Digital tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau sebarang kesan sampingan yang dialami atau ditanggung oleh pengguna website ini. Sebarang masalah dalam menggunakan laman web ini hendaklah dirujuk kepada www.muslimdigital.com/contacts. Kami akan berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang timbul tetapi tidak menjamin bahawa setiap masalah dapat diselesaikan.
2. Pengguna hendaklah menjaga akhlak semasa menggunakan laman web ini terutamanya apabila menggunakan kemudahan blog, membuat reviu, testimoni dan sebagainya.
3. Pengguna yang mahu membuat jualan dalam laman web ini mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan bahan jualan. Anda juga dengan ini bersetuju dan bersumpah mengakui bahawa anda mempunyai hak milik penuh ke atas produk yang anda upload untuk dijual dalam laman web ini. Anda juga dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menjual produk tersebut. Anda juga dengan ini bersetuju bahawa sebarang penipuan dalam aktiviti penjualan boleh dikenakan tindakan undang-undang dan anda boleh dikenakan hukuman maksimum mengikut kesalahan yang dilakukan. Pihak pemilik laman web Muslim Digital juga berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi yang terlibat.
4. Anda bersetuju bahawa anda telah mematuhi Akta Hakcipta di Malaysia dan antarabangsa. Pelanggaran Akta Hakcipta merupakan kesalahan yang serius.
5. Pengguna juga bersetuju dan mengakui bahawa segala maklumat peribadi yang dimasukkan ke dalam laman web ini adalah maklumat yang benar dan tepat. Sekiranya anda memberikan maklumat yang tidak lengkap ataupun tidak tepat, maka akaun anda boleh ditutup dan semua komisen atau sebarang hak kewangan anda dalam laman web ini akan dibatalkan sebagai penalti ke atas kesalahan memberikan maklumat palsu atau tidak lengkap. Sekiranya perlu, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pengguna yang melanggar peraturan ini. Pihak Muslim Digital memandang serius aspek ketepatan maklumat peribadi untuk mengelakkan sebarang penipuan terutamanya bagi pengguna yang membuat jualan dalam laman web ini. Tindakan tegas ini perlu diambil untuk memelihara hak pembeli daripada ditipu.
6. Pengguna bersetuju untuk mematuhi semua peraturan Malaysia dan antarabngsa berkaitan penerbitan, hakcipta, penggunaan internet & multimedia. Pengguna juga bersetuju untuk menyokong dan membantu pemilik laman web ini bagi sebarang masalah yang timbul tentang laman web ini.
7. Kami mengutamakan hak privasi anda. Maklumat yang dimasukkan dalam website ini adalah selamat.
8. Pemilik laman web Muslim Digital berhak untuk meminda sebarang peraturan tanpa memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk sentiasa merujuk kepada syarat-syarat dan peraturan penggunaan laman web ini dari masa ke semasa.
|