Member Area

Tutorial: Bagaimana Cara Membeli Produk di MuslimDigital.com?

Tutorial ini akan menjelaskan cara-cara membuat pembelian dan pembayaran di MuslimDigital.com.

Langkah 1

Klik 'Add to Cart' bagi produk yang anda mahukan.



Langkah 2

Klik 'show cart' untuk melihat kad membeli-belah anda.



Langkah 3

Pertama kali membeli? Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Masukkan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan alamat emel anda tepat.
Jika anda pernah membeli sebelum ini, sila login sahaja.



Langkah 4

Pilih kaedah pembayaran mengikut keselesaan anda.
Jika anda tidak mempunyai sebarang online banking, maka pilihlah kaedah Manual.

Pembayaran menggunakan NBepay adalah sangat digalakkan kerana ia selamat dan cepat. Anda boleh terus download produk digital sebaik sahaja selesai membuat pembayaran. NBepay juga menawarkan berbagai-bagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, kad debit, Maybank2u, MEPS FPX (Bank Islam, CIMB, Maybank dll).

Perhatian: Pembayaran melalui MEPS FPX hanya boleh dilakukan bagi pembelian melebihi RM15 sahaja. Ini syarat MEPS FPX. Bagi kaedah lain, tiada nilai minimum dikenakan.





Jika memilih pembayaran secara manual:



Kemudian akan keluar seperti di bawah.
Sila ikut arahan yang diberikan.




Jika memilih untuk membayar dengan menggunakan servis NBepay, klik pada imej NBepay untuk memulakan proses pembayaran.




Berikut adalah sebahagian pilihan yang ada jika memilih NBepay (terletak di sebelah kiri):
Pilih kaedah yang dikehendaki, sama ada, kad kredit/debit Visa, Mastercard, MEPS FPX, Maybank2u dll.



Sila ikut langkah-langkah yang diberikan mengikut kaedah yang yang anda pilih.
Pembelian melalui NBepay adalah menggunakan https, jadi ia adalah selamat.

Sebagai langkah keselamatan, pembeli yang menggunakan kad kredit/debit dari kebanyakan bank di Malaysia perlu melalui satu proses pengesahan kad. Jika anda mempunyai masalah semasa proses pengesahan kad ini terutamanya jika baru pertama kali menggunakannya secara online, sila telefon bank pengeluar kad kredit anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Ciri keselematan ini adalah bagi memelihara pengguna kad kredit/debit, jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan servis pembayaran online di MuslimDigital.com!