Member Area

Tutorial: Bagaimana Cara Download Produk Digital yang Dibeli?

Tutorial ini akan menerangkan cara untuk muat turun (download) produk digital yang dibeli di MuslimDigital.com

Langkah1

Login terlebih dahulu. Masukkan alamat emel anda dan password yang digunakan semasa membuat tempahan.
Username anda ialah alamat emel anda. Jika anda terlupa alamat emel anda, sila hubungi kami melalui borang 'Hubungi' dalam laman web ini.
Jika anda terlupa password, sila klik pada Lost Password?'



Langkah 2

Kotak 'Member Area' dalam sidebar kiri akan muncul selepas berjaya login.
Klik pada 'Account Maintenance' untuk melihat status kesemua order yang pernah dibuat.





Langkah 3

Klik dan save!
Anda boleh muat turun dari tempahan yang berada dalam status 'confirmed', iaitu tempahan yang telah berjaya dibuat dan disahkan pembayarannya.
Klik dan save sahaja fail-fail tersebut.
Anda juga boleh muat turun dengan klik pada 'Download Area' dan masukkan kod download yang diberikan dalam emel anda.

Perhatian:
Setiap fail yang dibeli boleh dimuat turun sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 hari mulai hari pertama ia dimuat turun.
Sila muat turun fail anda sebaik sahaja pembelian telah disahkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan jika melewat-lewatkan proses muat turun.
Kami tidak bertanggungjawab ke atas masalah muat turun fail yang dibeli selepas tempoh 30 hari dari pembelian.
Link untuk muat turun fail dilindungi kod tertentu untuk melindungi hak penjual produk.





Itu sahaja! Mudah bukan?
Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila hubungi kami dengan menggunakan borang 'Hubungi' yang disediakan dalam laman ini.