Breadcrumbs
Utama / MengenaiMengenai MuslimDigital
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selamat datang ke laman Muslim Digital!
Dapatkan ebook, nasyid, audio ceramah, power point kuliah agama dan macam-macam lagi bagi melengkapkan kehidupan anda sebagai seorang Muslim profesional yang bertaqwa.
Kenapa Muslim Digital?
Laman Muslim Digital menyediakan ruang untuk umat Islam mendapatkan sumber ilmu yang bermanfaat. Penyedia laman web ini sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa produk dalam laman ini mematuhi kehendak syarak dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Bagaimana caranya?
Sila dapatkan bahan maklumat yang anda mahukan. Laman ini menyediakan kaedah yang mudah untuk pembayaran iaitu melalui Netbuilder (NBepay) iaitu syarikat penyedia kaedah pembayaran yang diiktiraf di Malaysia termasuk Bank Negara. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit, kad debit, MEPS FPX (Bank Islam, CIMB, Maybank2u, Public Bank) dan lain-lain lagi yang disediakan oleh Netbuilder. Selain NBepay, anda juga boleh membuat pembelian dengan menggunakan PayPal.
Kelebihan membeli di MuslimDigital.com ialah anda boleh muat turun (automatic download) produk digital yang anda beli sebaik sahaja selesai membuat pembelian (melalui NBepay dan PayPal). Sekiranya anda lebih selesa membuat bayaran melalui Cash Deposit Machine, kaunter bank atau melalui ATM transfer, anda juga boleh melakukannya. Scan dan emel kepada kami bukti pembayaran dan anda akan diberikan link download selepas kami mengesahkan pembayaran anda. Bagi produk fizikal, penghantaran barang akan dibuat dalam masa 24 jam (hari bekerja) dari pengesahan pembayaran.
Ingin memasarkan produk anda di sini?
Jika anda seorang pendakwah atau aktif menghasilkan penulisan Islamik, di sini merupakan platform terbaik untuk anda memasarkan karya anda. Caranya, hubungi kami dengan menggunakan borang Hubungi untuk berbincang dengan kami mengenai produk yang mahu dipasarkan. Kami akan membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjual produk digital Islamik anda di sini. Pertubuhan, persatuan, masjid dsb juga dialu-alukan untuk memasarkan produk digital seperti koleksi ceramah dll di sini untuk mengumpul dana bagi organisasi/ institusi anda.
Pada masa ini, kami tidak membenarkan penjual upload sendiri produk yang mahu dijual. Hal ini kerana kami perlu mempastikan bahawa produk tersebut mematuhi syarat-syarat penjualan di Muslim Digital seperti mematuhi syarak, tidak melanggar akta Hak Cipta, berkualiti dan sesuai untuk dipasarkan di sini. Kami juga perlu mempastikan bahawa penjual adalah manusia sebenar dan bukannya penyamar yang hanya mahu mengutip keuntungan semata-mata. Kami tidak mahu Muslim Digital menjadi tempat lambakan produk digital picisan.
Peluang buat duit?
MuslimDigital.com telah menyediakan satu kaedah mudah untuk meningkatkan pendapatan anda iaitu dengan menyediakan sistem affiliate. Dengan cara ini, anda berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi affiliate ataupun ejen pemasaran laman ini.
Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar sebagai affiliate dan promosikan link affiliate melalui pelbagai banner dan kaedah promosi yang disediakan. Anda boleh meletakkan banner tersebut dalam blog anda. Anda juga boleh emel rakan-rakan, yahoogroups mahupun kaum keluarga dengan meletakkan link affiliate anda sama ada di dalam teks atau pada footer (sebagai signature).
Setiap kali link anda diklik, maka sistem (cookies) akan merekodkan bahawa link itu dari anda. Rekod itu akan bertahan selama 90 hari (dengan syarat, link affiliate anda adalah link pertama affiliate Muslim Digital yang direkodkan).
Jadi, dalam tempoh 90 hari, setiap kali ada pembelian dibuat melalui link affiliate anda, maka anda akan mendapat komisen. Mudah bukan? Oleh itu, jadilah orang pertama yang mempromosikan Muslim Digital kepada semua orang yang anda kenali. Daftar (percuma!) sebagai affiliate Muslim Digital sekarang di www.muslimdigital.com/promo.
Tunggu apa lagi lagi?
Daftarlah sekarang dalam laman Muslim Digital untuk menikmati pelbagai ilmu dan manfaat yang menanti untuk anda!
Terima kasih & Wassalam.
Hasanah Abd. Khafidz [ www.drhasanah.com ]
Leader,
Team Muslim Digital
No. 7, LBP 10,
Taman Bertam Permai,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(+6) 019 400 3202
(+6) 013 354 3594